Monday, October 24, 2011

#7 - Gigi

Assalamualaikum

Gigi kapak (depan) anak saudara @anak buah saya goyang pagi tadi.
dia sangat teruja!
aku pon tak faham kenapa dia sangat teruja dengan kegoyangan dirinya eh giginya itu.

bangun pagi-pagi dah bagi tahu 1 isi rumah tentang giginya yang goyang itu.
emaknya kurang endah dengan pemberitahuan itu.
sebab mahu cepat ke tempat kerja awal pagi.
ayahnya pula menyambung berehat di bilik.
kesian anak menakanku.

ohh, jadi akulah sasarannya.
tidak berhenti-henti dia memberitahu giginya goyang.
aku ke bilik dia ikut
turun bawah dia ikut
ke dapur dia ikut
ke luar dan masuk semula pon dia ikut..

"hawa nak bibik cabut gigi tu ke?"
"nak2!"

amboii dia ni.
ehh, berani ke aku nak cabut gigi hawa ni?
em, tak cuba tak tau kan,
lagi pon gigi hawa pon memang sudah goyang.
harap-harap tiada komplikasi selepas aku cabut giginya.

cubaan kali pertama.

1 akar tercabut.
ada lagi 1 akar.
tapi hawa dah menjerit sakan.
tak sakit katanya.
tapi aku perasan yang dia fobia tengok darah.
darah yg mengalir menghasilkan tompok-tompok darah di tisu yang di pegangnya.

sambil mengerang dan merengek
dia minta aku untuk terus mencabut giginya
tapi dia takut
aku cuba provoke dengan alasan aku mahu lekas-lekas ke pejabat
kalau mahu aku yang mencabutnya
dia perlu tahan sakit atau fobianya
tak mau dah lambat-lambat

selepas dia reda dan lega dan mula berani
aku mencuba sekali lagi.
hawa dalam mod bersedia
duduk atas kerusi yang agak tinggi
menganga luas-luas
aku kembali menarik giginya
hawa hampit marah sebab aku menarik giginya dengan kasar
astaghfirullahal'azim
mujur sahaja aku sabar

okeh
aku menarik kembali dengan kuat tapi lebih berhati-hati
krakkkkk..
ayat pertama yang keluar dari mulut hawa "yess!"
subhanAllah..bertuah anak ni..
aku tak menjangka itu ayat pertamanya selepas giginya berjaya dicabut
aku dapat sesuatu di situ

haaaahhhhh..
akhirnya...aku terus ke sinki berdekatan
hawa juga terus melompat dari kerusi
mengejar aku dan sangat teruja dengan giginya yang patah.

aku terus beri bantuan awal (first aid) pada hawa
lipat tisu dapur kecik kecik
dan sentalkan di gigi hawa
supaya pendarahan cepat berhenti

* semasa memandu pergi ke tempat kerja aku terus-terus berfikir dengan apa yang berlaku pagi itu. apa hikmah nya ye? Allah pilih aku untuk menghadapi situasi pertama anak kecil itu kehilangan giginya. Subhanallah. Mungkin bagi orang lain ianya biasa biasa saja tapi aku jadi sangat bertuah dapat menghadapi situasi sebegini di usia ini. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment