Monday, October 24, 2011

#7 - Gigi

Assalamualaikum

Gigi kapak (depan) anak saudara @anak buah saya goyang pagi tadi.
dia sangat teruja!
aku pon tak faham kenapa dia sangat teruja dengan kegoyangan dirinya eh giginya itu.

bangun pagi-pagi dah bagi tahu 1 isi rumah tentang giginya yang goyang itu.
emaknya kurang endah dengan pemberitahuan itu.
sebab mahu cepat ke tempat kerja awal pagi.
ayahnya pula menyambung berehat di bilik.
kesian anak menakanku.

ohh, jadi akulah sasarannya.
tidak berhenti-henti dia memberitahu giginya goyang.
aku ke bilik dia ikut
turun bawah dia ikut
ke dapur dia ikut
ke luar dan masuk semula pon dia ikut..

"hawa nak bibik cabut gigi tu ke?"
"nak2!"

amboii dia ni.
ehh, berani ke aku nak cabut gigi hawa ni?
em, tak cuba tak tau kan,
lagi pon gigi hawa pon memang sudah goyang.
harap-harap tiada komplikasi selepas aku cabut giginya.

cubaan kali pertama.

1 akar tercabut.
ada lagi 1 akar.
tapi hawa dah menjerit sakan.
tak sakit katanya.
tapi aku perasan yang dia fobia tengok darah.
darah yg mengalir menghasilkan tompok-tompok darah di tisu yang di pegangnya.

sambil mengerang dan merengek
dia minta aku untuk terus mencabut giginya
tapi dia takut
aku cuba provoke dengan alasan aku mahu lekas-lekas ke pejabat
kalau mahu aku yang mencabutnya
dia perlu tahan sakit atau fobianya
tak mau dah lambat-lambat

selepas dia reda dan lega dan mula berani
aku mencuba sekali lagi.
hawa dalam mod bersedia
duduk atas kerusi yang agak tinggi
menganga luas-luas
aku kembali menarik giginya
hawa hampit marah sebab aku menarik giginya dengan kasar
astaghfirullahal'azim
mujur sahaja aku sabar

okeh
aku menarik kembali dengan kuat tapi lebih berhati-hati
krakkkkk..
ayat pertama yang keluar dari mulut hawa "yess!"
subhanAllah..bertuah anak ni..
aku tak menjangka itu ayat pertamanya selepas giginya berjaya dicabut
aku dapat sesuatu di situ

haaaahhhhh..
akhirnya...aku terus ke sinki berdekatan
hawa juga terus melompat dari kerusi
mengejar aku dan sangat teruja dengan giginya yang patah.

aku terus beri bantuan awal (first aid) pada hawa
lipat tisu dapur kecik kecik
dan sentalkan di gigi hawa
supaya pendarahan cepat berhenti

* semasa memandu pergi ke tempat kerja aku terus-terus berfikir dengan apa yang berlaku pagi itu. apa hikmah nya ye? Allah pilih aku untuk menghadapi situasi pertama anak kecil itu kehilangan giginya. Subhanallah. Mungkin bagi orang lain ianya biasa biasa saja tapi aku jadi sangat bertuah dapat menghadapi situasi sebegini di usia ini. Alhamdulillah.

Wednesday, October 5, 2011

#6 - Kucing-kucing

Assalamualaikum

baru dapat berita gembira.
alhamdulillah.

rumah kami akan sambut kehadiran kucings.
bukan 1 atau 2..tp 4 ekor..
wahaha!
terujakah anda?

Aku lagi la teruja..
Alhamdulillah..

Kakak tanya tadi,
"Ibu offer 4 (ekor) kitten..ko nk tak?"

Aku,
"Nak nak" <-- sambil senyumlebarlebar..

Kakak cakap lagi,
"Ak tanya sebab nak minta ko tolong jaga skali..ak tak boleh nk harapkan Hawa ni je"

Aku,
"Boleh je"...senyum lagi lebarlebar..

by tomorrow (insyaAllah) rumah ni akan tambah ahli baru..
yeayyy..bole spend time dgn kittens tu..
xde la stress sangat sampai taktau nk buat ape kt umah ni..
haha

Sangat lama x dengar kucing mengiau..
dah lama sgt x bela kucing secara serius...
dulu time muda2 ada juga bela kucing secara seriyes..
sy jaga kucing tu dr baby lagi tanpa mak kucing sebenar sbb ada orang tinggalkan de kat tepi jalan..

bile kitten tu dah besar, mak bagi kucing tu kat orang lain
sedih sangat.
mak tak bagitau pun
saya balik sekolah penat.
terus tertidur.
bangun tidur cari kucing.
kucing dah takde
bile tanya mak, mak kata "mak dah bagi dah kucing ko kat Kak Zah..takpe jangan risau . mak dah minta Kak Zah jaga kucing tu elok-elok "

tak sempat mak nk terangkan lagi pasal kucing tu, aku terus lari masuk bilik
benamkan muka kt bantal n terus nangis
sedih kot
ape salah aku?
npe mak bagi kucing tu kat Kak Zah?

Hari lain, kakak balik. kakak bgtau kat ak yang mak bagi kucing kt orang lain sbb tanak ko leka dgn kucing je
sbb exam kan dah dekat.
fokus kt exam je.

Dengar jwpn tu buat ak lega
Teimakasih mak!

Dan lepas tu xde dah kucing yg serasi kt umah n kt aku..
tak tau npe..
ade je slek..

Harap sgt kucing yg dtg esok akan memberi kebahagiaan yg berpanjagan untuk kami sekeluarga..
Aminnn.