Friday, November 2, 2012

bibik + hawa

bibik: ehhh, makcik tu ingat bibik ni mak hawa la
hawa: tak pelah dalam perkataan makcik pun kan ada mak.
bibik: haa?
hawa: dalam perkataan 'makcik' pun ada perkataan 'mak'. paham tak?
bibik: oooo..hehehe..boleh ye?
hawa: boleh laa..

(dalam hati..hahahahaha..papelah hawa)

Friday, February 10, 2012

#10 - Layang-layang

Dia leka dengan layang-layangnya tanpa sedar kukunya yang hitam itu hampit tertanggal.
Kembali ke rumah berusaha lagi untuk tanggal kan.
Alhamdulillah, berjaya menanggalkan sendiri tanpa meragam seperti selalunya
Terima kasih Ya Allah

Saturday, December 31, 2011

#9 - Cuti Seminggu

Alhamdulillah..
esok tiba juga harinya..
hari akhir saya bercuti panjang untuk tahun ni
sejujurnya semenjak habis belajar saya belum pernah cuti sepanjang ini

Alhamdulillah..
rezeki dari Allah..
rezeki untuk terus bekerja..
saya hanya menganggur selama 2 hari sahaja..
tak sempat pun nk balik kampung..
pada mulanya sedih..
sedih dalam bersyukur..
di kala rakan2 lain bertungkus lumus dan keluh kesah untuk mencari pekerjaan,
saya telah pun bekerja..
walaupun hanya secara kontrak..
sudah cukup baik bagi ku yang 'fresh graduate' ini.

1 minggu cuti ni saya ambil peluang sebaiknya untuk menikmati apa yang dikatakan sebagai cuti..
rewang di rumah orang kenduri..
kemas rumah sepuasnya..
belek pokok2 sepuasnya..
luangkan masa berkualiti dgn ahli keluarga..
tolong mak yg sibuk dgn urusan kenduri..
ziarah saudara mara..
hmmmmmm....
Alhamdulillah..
saya mampu buat ni dlm masa seminggu..

InsyaAllah..cuti yang akan datang juga akan memberi makna buat diriku..
InsyaAllah..
murah rezeki..
panjang umur..
saya akan berjumpa untuk cuti2 seterusnya..

Kalau diukur dgn kepuasan, sudah tentu bukan ini yang ku cari..
tapi ini amat bermakna bagi saya..
sudah cukup..
bila kita rasa ianya cukup, sedikit perasaan bahagia itu mengalir perlahan2 ke dalam diri
cukup menenangkan..

*3 hari sebelum habis cuti 'annual' saya ni, saya murung di awal pagi..hmmm..terus 'min setting' semula untuk menikmati hari2 terakhir ni..bukan dgn kemurungan tapi dgn penuh gembira dan gembirakan juga orang disekeliling..Alhamdulilah..Allah bantu saya untuk terus ceria hingga ke hari ini..

Friday, November 11, 2011

#8 - Lampu jalan

wahhh...
alhamdulillahhhh..
lampu jalan yg saya lalui untuk pulang dr kerja dah berfungsi dgn baikk..
seronok sgt malam smlm!
sengih sampai rumah tak habis-habis sbb lampu jalan tu sgt cantik (lampu biasa je ponn) hehehe

terima kasih TNB!

sebab kalau saya balik kerja malam dah kurang sikit takut nak lalu jalan tu..
sebab dah buat sy ceria dan tak ngantuk waktu balik dr kerja..
sebab sgt cantik..

heheh..
ok lahhh..
daaa

Monday, October 24, 2011

#7 - Gigi

Assalamualaikum

Gigi kapak (depan) anak saudara @anak buah saya goyang pagi tadi.
dia sangat teruja!
aku pon tak faham kenapa dia sangat teruja dengan kegoyangan dirinya eh giginya itu.

bangun pagi-pagi dah bagi tahu 1 isi rumah tentang giginya yang goyang itu.
emaknya kurang endah dengan pemberitahuan itu.
sebab mahu cepat ke tempat kerja awal pagi.
ayahnya pula menyambung berehat di bilik.
kesian anak menakanku.

ohh, jadi akulah sasarannya.
tidak berhenti-henti dia memberitahu giginya goyang.
aku ke bilik dia ikut
turun bawah dia ikut
ke dapur dia ikut
ke luar dan masuk semula pon dia ikut..

"hawa nak bibik cabut gigi tu ke?"
"nak2!"

amboii dia ni.
ehh, berani ke aku nak cabut gigi hawa ni?
em, tak cuba tak tau kan,
lagi pon gigi hawa pon memang sudah goyang.
harap-harap tiada komplikasi selepas aku cabut giginya.

cubaan kali pertama.

1 akar tercabut.
ada lagi 1 akar.
tapi hawa dah menjerit sakan.
tak sakit katanya.
tapi aku perasan yang dia fobia tengok darah.
darah yg mengalir menghasilkan tompok-tompok darah di tisu yang di pegangnya.

sambil mengerang dan merengek
dia minta aku untuk terus mencabut giginya
tapi dia takut
aku cuba provoke dengan alasan aku mahu lekas-lekas ke pejabat
kalau mahu aku yang mencabutnya
dia perlu tahan sakit atau fobianya
tak mau dah lambat-lambat

selepas dia reda dan lega dan mula berani
aku mencuba sekali lagi.
hawa dalam mod bersedia
duduk atas kerusi yang agak tinggi
menganga luas-luas
aku kembali menarik giginya
hawa hampit marah sebab aku menarik giginya dengan kasar
astaghfirullahal'azim
mujur sahaja aku sabar

okeh
aku menarik kembali dengan kuat tapi lebih berhati-hati
krakkkkk..
ayat pertama yang keluar dari mulut hawa "yess!"
subhanAllah..bertuah anak ni..
aku tak menjangka itu ayat pertamanya selepas giginya berjaya dicabut
aku dapat sesuatu di situ

haaaahhhhh..
akhirnya...aku terus ke sinki berdekatan
hawa juga terus melompat dari kerusi
mengejar aku dan sangat teruja dengan giginya yang patah.

aku terus beri bantuan awal (first aid) pada hawa
lipat tisu dapur kecik kecik
dan sentalkan di gigi hawa
supaya pendarahan cepat berhenti

* semasa memandu pergi ke tempat kerja aku terus-terus berfikir dengan apa yang berlaku pagi itu. apa hikmah nya ye? Allah pilih aku untuk menghadapi situasi pertama anak kecil itu kehilangan giginya. Subhanallah. Mungkin bagi orang lain ianya biasa biasa saja tapi aku jadi sangat bertuah dapat menghadapi situasi sebegini di usia ini. Alhamdulillah.

Wednesday, October 5, 2011

#6 - Kucing-kucing

Assalamualaikum

baru dapat berita gembira.
alhamdulillah.

rumah kami akan sambut kehadiran kucings.
bukan 1 atau 2..tp 4 ekor..
wahaha!
terujakah anda?

Aku lagi la teruja..
Alhamdulillah..

Kakak tanya tadi,
"Ibu offer 4 (ekor) kitten..ko nk tak?"

Aku,
"Nak nak" <-- sambil senyumlebarlebar..

Kakak cakap lagi,
"Ak tanya sebab nak minta ko tolong jaga skali..ak tak boleh nk harapkan Hawa ni je"

Aku,
"Boleh je"...senyum lagi lebarlebar..

by tomorrow (insyaAllah) rumah ni akan tambah ahli baru..
yeayyy..bole spend time dgn kittens tu..
xde la stress sangat sampai taktau nk buat ape kt umah ni..
haha

Sangat lama x dengar kucing mengiau..
dah lama sgt x bela kucing secara serius...
dulu time muda2 ada juga bela kucing secara seriyes..
sy jaga kucing tu dr baby lagi tanpa mak kucing sebenar sbb ada orang tinggalkan de kat tepi jalan..

bile kitten tu dah besar, mak bagi kucing tu kat orang lain
sedih sangat.
mak tak bagitau pun
saya balik sekolah penat.
terus tertidur.
bangun tidur cari kucing.
kucing dah takde
bile tanya mak, mak kata "mak dah bagi dah kucing ko kat Kak Zah..takpe jangan risau . mak dah minta Kak Zah jaga kucing tu elok-elok "

tak sempat mak nk terangkan lagi pasal kucing tu, aku terus lari masuk bilik
benamkan muka kt bantal n terus nangis
sedih kot
ape salah aku?
npe mak bagi kucing tu kat Kak Zah?

Hari lain, kakak balik. kakak bgtau kat ak yang mak bagi kucing kt orang lain sbb tanak ko leka dgn kucing je
sbb exam kan dah dekat.
fokus kt exam je.

Dengar jwpn tu buat ak lega
Teimakasih mak!

Dan lepas tu xde dah kucing yg serasi kt umah n kt aku..
tak tau npe..
ade je slek..

Harap sgt kucing yg dtg esok akan memberi kebahagiaan yg berpanjagan untuk kami sekeluarga..
Aminnn.

Thursday, September 22, 2011

#5 - Video chatting

Eh, video chat pon bahagia ke?

mesti lah bahagia...

OMG...mlm semalam video chat dgn my lovly friend..and his roomate..also housemate..
Sangatttttt excited..sampai guling2...hahahaha

eh, npe ni
npe sgt excited plak?

hah, cmni cternye..
sejak kehadiran FB ni sy dah lupakan semua jenis social networking yg lain
baik frenster, YM, Skype pe la lagi kan..
cam FB tu dah sgt bermakna bg sy and kawan2 yg lain..

Pastu skrg ni FB p plak tuka de interface wall tu..
aishhh..mmg sungguh merimaskan la...sgt2..
hah, padan muka FB..spe suh tuka..hahaha
kan ak dah rse nk cri alternatif..

So, alternatifnya adalah YM dan Skype..seperti yg dicadangkan oleh my junior..
dlu ak mmg sgt addict gak la dgn YM ni...
tp la ni mmg dah lame sgt tinggalkan..rsenye dr sem 2 lagi kot..
hhaha..dekat 2 tahun ade tu..

So malam semalam terai on..n p chat my friend ni..
hahaha..sesungguhnye ak sgt rindu dgn bunyi 'beep' YM ni..
alaaa..bunyi yg bila someone text kita tu..hahaha
kawan plak sje je 'buzz'..
lagi la sy excited..
hahaha..

sgt bahagia ok..
tgh bahagia2 ni tetibe plak line lombab..
so amik keputusan tukar kt Skype plak..
kt skype lg la ktorg menjadi2 berborak...
hahaha

ok dah..sekian..

*sgt bahagia sampai nangis2..
Alhamdulillah...sy masih lagi berkesempatan menatap wajahnya..
terasa luluh semua beban yg tertanggung..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.tido dgn tenang dan aman semalam...